Saturday 5 November 2011

Rahsia warna ?






Rahsia warna ?
haha . aku tak sure sgt . tpi mybe betui jugak kan .?
hmm






1.MERAH
2.HIJAU
3.KUNING
4.BIRU
5.SILVER
6.HITAM
7.COKLAT
8.UNGU








1.MERAH
warna ini melambangkan keadaan psiko yg dpt kurangkan tenaga,mndorong makin cptnya nadi denyutan nadi.menaikkan tekanan darah dan mempercepakan pernafasan
.warna ni jugak mmpengaruhi produktivitii , perjuangan dan persaingan .


Mereka yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang masa hadapan dan pelbagai lagi sifat. Namun, pada masa sama mereka ini membuatkan orang lain di sekeliling mereka sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka kerana sifat ego dan suka bertengkar. Bagaimanapun, mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kerana mempunyai fokus yang jelas untuk mencapai matlamat. Mereka ini melambangkan api yang digunakan dalam teori awal mengenai alam. Cahaya mereka terus menyala dan menjadi obor kekuatan untuk menghasilkan produktiviti yang maksimum.
Bagi mereka ini, perlulah meningkatkan hubungan dengan orang lain secara emosional dan sosial. Selain itu berusaha untuk memuji usaha orang lain yang melakukan terbaik untuk mereka, kurangkan bersikap kritikal kerana boleh menciptakan rasa takut kepada individu lain. Terima pandangan orang lain dan hindarkan diri daripada menyalahkan orang lain apabila terjadi sesuatu kegagalan.









2) MERAH TERANG
warna ni melambangkan kekuatan,kemahuan atau cita-2 .
org y suka akn warna ini maybe:mmpunyai sifat agresif ,aktif,&garangg .
pengaruhnya:dominasi,berkemahuan keras, kejantanan .





3) PINK
warna ini melambangkan romantik , feminim . warna ini mendorong kepada kepasrahan,penyerahan ,kesempurnaan , keayuan dan kesantunan .

4) BIRU
warna ini melambangkan ketenangan yg sempurna .mempunyai kesan menenagkan pada tekanan darah .denyutan nadi dan pernafasan .


1)biru tua :
warna ini melambangkan perasaan yg mendalam
sifat org yg meminati warna ini bekemungkinan seorang yg fokus , kooperatif ,cerdas ,jujur dan patriotik .
pengaruhnya : berperwatakan tenang , bijaksana ,tidak mudah tersinggung dan memiliki kawan yg ramai :)




2)biru muda :
warna ini melambangkan kesungguhan cita-2 dan penuh keazaman.
sifatnya :bertahan ,pelindung dan tidak berubah fikiran
pengaruhnya :keras kepala ,teguh,sering bangga diri dan berpendirian tetap




Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Mereka yang mempunyai aura berwarna biru selalu ingin disayangi tetapi agak ragu-ragu di dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini. Selain itu, mereka ini terlalu dramatis dalam soal percintaan dan cenderung untuk memanipulasikan orang lain. Namun, mereka ini mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain dan mempunyai ramai teman. Orang di sekeliling mereka sangat senang untuk bergaul dengan mereka tetapi malangnya mereka yang beraura biru senang untuk diambil kesempatan kerana sifat mereka yang murah hati dan tidak ego.
Saranan untuk mereka ini adalah untuk belajar untuk menjadi lebih tegas supaya tidak akan dipergunakan oleh orang lain.







KUNING ?
warna yg melambangkan kegembiraan . warna ini mmpunyai sifat yg selamba ,santai ,tenang dan tidak terkesan dgn masalah . berubah-ubah tp penuh dgn harapan,mmpunyai cita-2 setinggi langit
dan semangatnya juga tinggi .




1)kuning terang :
warna ini melambangkan sifat yg boleh berubah dgn mndadak .
sifatnya : sederhana tetapi UNIK ,bertolak-ansur,berhati-2 ,menonjol .
pengaruhnya : berubah-ubah sikap ,berwawasan,dermawan dan tidak mudah percaya orang .

Mereka yang mempunyai aura berwarna kuning suka menyenangkan orang lain, sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko dan pelbagai lagi  Meskipun mereka ini pandai menghidupkan suasana di kalangan orang yang tidak dikenalinya, mereka juga pada masa yang sama berkecenderungan untuk berasa malu. Mereka adalah seorang yang suka memberontak, mudah sedih, selalu tertekan dan tidak bahagia. Selain itu, mereka senang terjerumus ke dalam sesuatu perkara yang tidak elok. Bagaimanapun, mereka ini mempunyai kekuatan yang tidak terbatas, tidak boleh duduk diam dan gemar untuk bersukan. Saranan untuk mereka yang mempunyai aura berwarna kuning agar sentiasa berhati-hati dan tidak terjerumus ke dalam perkara yang tidak elok.



HIJAU ?
warna ini melambangkan adanya sesuatu keinginan ,ketabahan dan keteguhan hati .
 mempunyai sifat yg tegas,berprinsip dan berkuasa . warna ini mmpunyai sifat yg :
meningkatkan rasa bangga ,perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain .
 orang yg suka warna ni secara umumnya suka dipuji , dan mudah menasihati orang lain .




Mereka ini mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Bagaimanapun, secara umumnya mereka terlalu agresif dan tidak boleh menerima pandangan orang lain di sekeliling mereka. Mereka mempunyai sifat keras kepala, bongkak dan mengutamakan kesempurnaan serta tidak sabar untuk mendapatkan sesuatu. Mereka juga sukar untuk mengalah dan mengakui kesilapan mereka. Mereka ini mempunyai keperibadian yang kuat, cenderung untuk membuat keputusan sendiri.
Saranan bagi mereka ini agar mencari sahabat yang dapat menghargai kelebihan mereka kerana mereka selalunya cepat bosan dengan sahabat yang tidak mempunyai cita-cita dan tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri.






KELABU/SILVER/HITAM


1)KELABU :
warna ni tidak menunjukkan warna yg jelas . tidak terang
dan ia dikategorikan sbgai UNIK dan sukar dikaitkan dgn kecenderungan psikologii .
warna ini lebih bersifat neutral :)




2)HITAM:
warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan . ianya mmberi kesan kehampaan ,
kematian,kegelapan ,kebinasaan dan kmusnahan .



COKLAT ?
warna ini menunjukkan seseorang yg suka persaingan ,tidak suka beralah ,kurang toleransi ,
sukar bertolak ansur dan mmpunyai prasangka terhadap kesejahteraan masa hadapan .
 hmm . teruk jugak ha warna nii ? tapi ada certain-2 yg cam kurang tepad lah jugak .




UNGU ?
haha . pasha UNGU ? tade kaitan lah . bahah . mungkin lhe jugak kan ?
warna ni adalah campuran warna merah dan biru yg melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-2 warna tersebut .sifatnya adalh kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif :)



Bagi yang beraura ungu, tidak banyak yang boleh dijelaskan cuma walaupun mereka ini suka bersahabat, mereka suka mengambil ringan sesuatu perkara itu. Susah bagi mereka untuk sentiasa serius dalam sesuatu perkara. Saranan bagi mereka, cubalah berusaha untuk mengambil sesetengah perkara itu lebih serius supaya mereka tidak akan dipandang ringan oleh orang sekeliling mereka.
Artikel diatas ialah garapan oleh Dr Noordin Darus (Universiti Malaya dan London University)Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 03-77887791 atau e-mel ke dnd@worldwellness.com.my





OREN/JINGGA 


Mereka yang sukakan kesenangan duniawi, sukakan tentangan, suka berkhayal, suka membantu orang lain dan pelbagai lagi sifat. Secara umumnya, mereka yang mempunyai aura berwarna jingga yang sangat ego dan terlalu mementingkan diri sendiri. Mereka ini hidup dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan keadaan orang lain di sekelilingnya. Ada kalanya mereka ini tidak menyukai kehidupan untuk berkeluarga. Namun, kebaikan mempunyai aura berwarna jingga, mereka ini panjang akal dan kreatif.
Saranan bagi mereka ini agar sentiasa menyedari bahawa kesederhanaan dalam hidup amatlah penting. Dengan mengamalkan kesederhanaan, mereka mampu hidup dalam semua lapisan masyarakat dan mula menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling agar kehidupan senang pada kemudian hari.







HAHA ! takat ni je lhe  . nnti aku research lagii ? haha . hm . ni bukan aku y cakap . 
tapi ini adalah hasil anlisis dan kajian dr psikologii .





                     kau tak percaya ? haha . go on . no force heree okay ?  :D






2 comments:

bebudax's lagi said...

ouch...der... rasa mcm samer jer sifat dgn entry awk ni..hehehe... :) cam btl jer kn?

Gadis Macho said...

betui lettew .